Thursday, 16 May 2013

10 Gajet Inovasi & Teknologi dalam Bidang Perubatan






1)      Nama Produk: Gadget Flow

Deskripsi:

Digunakan oleh pesakit yang mempunyai masalah respiratori seperti Chronic Pulmonary Obstructive Disorder (OCPD) dan Asthma. Dengan menggunakan kemajuan nanoteknologi. Alat ini membolehkan pesakit-pesakit yang berisiko ini mengawal jenis-jenis udara yang disedut di sekeliling mereka dengan melihat kepada densiti udara sekeliling yang dipaparkan di skrin alat tersebut melalui sejenis teknologi biosensor.

Kelebihan:

Pesakit yang menghidap masalah respiratori lebih senang dapat mengesan alergen atau partikel berbahaya yang berisiko menyebabkan serangan.  Alatan ini memastikan pesakit mendapat udara yang lebih sihat walau ke mana jua mereka pergi.





2)      Nama Produk : Aria Smart Scale

Deskripsi:

Alat penimbang berat eletronik yang dilengkapkan dengan kebolehan bukan sahaja menimbang jisim berat badan kasar malah mampu menyukat komposisi badan serta ‘body mass index’ (BMI). Dilengkapi dengan teknologi Wi-fi bagi penghantaran rekod secara terus ke aplikasi telefon bimbit untuk disimpan dan di lihat semula.

Kegunaan:

Sesuai digunakan bagi individu yang mengalami masalah berat badan. Turut juga digunakan oleh pesakit obesiti dalam perawatan mengurangkan berat badan kerana rekod dapat dihantar terus ke skrin hospital bagi rancangan jagarawatan yang seterusnya. 








3)      Nama Produk: The Gaiam Touch

Deskripsi:

Alat ini menggantikan alat monitor kadar denyutan jantung tradisional dengan memberikan keselesaan kepada pesakit tanpa perlu menampal pelbagai wayar dan pad pada dada pesakit. Menggunakan teknologi biosensor dan dilengkapi dengan kemudahan ‘touch screen’ alatan yang dipakai di pergelangan tangan pesakit ini mampu mengambil pelbagai bacaan dalam satu skrin yang kecil dan mudah.

Kegunaan:

Digunakan oleh pesakit yang memerlukan penjagaan lengkap berkaitan penyakit jantung dan yang berkaitan dengannya seperti kemudahan merekod kadar denyutan jantung, kadar pernafasan serta kadar oksigen dalam darah. Sesuai digunakan bagi pesakit yang belajar atau bekerja tetapi memerlukan pengawasan kesihatan yang berterusan.








4)      Nama Produk: GlowCap SOLO

Deskripsi:

Sejenis alatan teknologi yang digunakan bagi membantu pesakit yang memerlukan ubatan berterusan untuk mengingati dos ubatan mereka setiap hari. Alatan ini dilengkapi dengan sistem alarm mudah dengan penyelarasan ‘timer’ pada masa yang ditetapkan bagi membantu pesakit mengingati masa makan ubat mereka. Pada waktu yang telah ditetapkan, alat ini akan mengeluarkan melodi alarm yang akan menarik perhatian pengguna. Selagi botol tidak dibuka dan ubat dimakan, selagi itulah melodi alarm akan terus berbunyi.

Kegunaan:

Sesuai digunakan bagi pesakit yang memerlukan ubatan berterusan tetapi sibuk belajar atau bekerja. Juga sesuai digunakan bagi pesakit yang sudah berusia kerana dengan cara ini kelalaian atau lupa dapat dielakkan.










5)      Nama Produk : The Why Cry Baby Analyzer

Deskripsi:

Gajet ini dilengkapi dengan teknologi analisis frekuensi dan mampu menganalisis jenis tangisan bayi dalam tempoh 20 saat sahaja. Berdasarkan analisis frekuensi tangisan yang dibuat, skrin akan memaparkan sama ada bayi itu menangis kerana lapar, bosan, tidak selesa atau mengantuk. Antara keunikannya adalah ia sangat ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Kegunaan:

Sesuai untuk ibu bapa yang bekerja dan memerlukan tidur yang lebih berkualiti bagi diri mereka serta anak kerana tangisan bayi yang susah ditafsirkan mengapa kadang-kadang membazirkan masa tidur si ibu dan ayah. Alatan ini juga dapat membantu terutamanya ibu bapa yang baru dalam memahami corak tangisan dan keperluan anak mereka dengan lebih baik.








6)      Nama Produk: Withings’ Blood Pressure Monitor

Deskripsi:

Alat teknologi kesihatan ini digunakan bagi memudahkan pengambilan tekanan darah. Yang menariknya tentang gajet ini ialah, ia hanya perlu disambungkan pada iPhone berbanding alat mengambil tekanan darah eletronik yang biasa. Ia lebih ringan dan mudah digunakan di mana-mana sahaja. Pengguna hanya perlu membalut lengan mereka dengan ‘monitor’s strap’, menghubungkan USB strap pada iPhone dan kemudian mereka boleh bergerak ke mana sahaja atau meneruskan aktiviti seharian.  Ia juga dapat merekod bacaan tekanan darah sebagai rujukan kesihatan.

Kegunaan:

Sesuai digunakan bagi pesakit darah tinggi (hypertension) yang memerlukan pengawalan darah tinggi secara berterusan dan kerap. Tekanan darah dapat direkodkan walaupun pesakit sedang bekerja atau berada di luar rumah atau hospital. Ia juga dapat membantu pesakit berjaga-jaga dengan lebih awal untuk mengelakkan komplikasi.









 7)      Nama Produk:  iBG Star Diabetes Monitoring Devices

Deskripsi:

Gajet yang menyerupai alat monitor gula dalam darah tradisional tetapi lebih kecil ini membantu pesakit diabetes untuk memantau tahap kandungan gula dalam darah mereka dengan hanya kemudahan iPhone atau iPad sahaja. Alat ini didatangi dengan aplikasi dalam telefon mudah alih apabila USB gajet ‘monitoring device’ tersebut dihubungkan pada iPhone atau iPad.  Ciri-cirinya yang lebih kecil dan mudah alih memudahkan pesakit diabetes untuk menggunakannya di mana-mana sahaja.

Kegunaan:

Sesuai digunakan bagi pesakit diabetes yang memerlukan pengawalan gula dalam darah yang berterusan lebih-lebih lagi sebelum dan selepas mereka makan. Ia juga amat efektif digunakan bagi pesakit diabetes yang bekerja dan mudah lupa kerana terlalu sibuk.





8)      Nama Produk: Ge Vscan

Deskripsi:

Sejenis alatan teknologi yang membolehkan para medikal seperti doktor untuk mengimbas organ-organ dalaman di dalam badan pesakit. Dilengkapi dengan teknologi ‘color-coded’ bagi mengimbas masa sebenar darah mengalir di dalam badan ketika proses pengimbasan. Ciri-cirinya yang kecil dan ringan daripada mesin pengimbas biasa memudahkannya untuk dibawa ke mana-mana sahaja dalam apa jua keadaan.

Kegunaan:

Sesuai digunakan bagi doktor terutamanya di Unit Kecemasan untuk membuat imbasan yang lebih pantas dan efisien kepada pesakit pada bahagian tubuh badan seperti abdomen, jantung, rahim bagi ibu mengandung dan kanak-kanak.









9)      Nama Produk: SMART (Seizure Monitoring and Response Transducer) Belt

Deskripsi:

Direka khas bagi pesakit yang mempunyai masalah sawan bagi mengesan tanda-tanda awal serangan. Teknologi ini menggunakan ‘silver-chloride belt’ yang berfungsi sebagai elektrod untuk mengesan perubahan pada kulit pesakit serta dilengkapi dengan biosensor untuk mengesan perubahan pada pernafasan sebelum suatu serangan sawan itu berlaku. Dengan  mengesan perubahan pada peningkatan kadar pernafasan serta peningkatan peluh pada kulit pesakit, alatan ini akan menghantar signal secara ‘wireless’ terus pada penjaga dan para pengamal perubatan seperti doktor atau jururawat supaya pesakit dapat diberikan rawatan segera sebelum serangan sawan berlaku.

Kegunaan:

Paling sesuai digunakan bagi pesakit kanak-kanak yang mempunyai masalah epilepsi (sawan) kerana golongan ini tidak mampu untuk menilai ciri-ciri serangan sawan sehingga ia berlaku dan memberikan komplikasi negatif. Alat ini juga dapat membantu ibu bapa atau penjaga untuk mengesan suatu serangan sawan dengan lebih awal dan bertindak dengan lebih segera.

  

 



10)      Nama Produk: Zeo Personel Sleep Coach

Deskripsi:

Alatan teknologi yang dilengkapi dengan ‘headband’ dan sambungan pada aplikasi ‘bed-side gadget” menggunakan teknologi  biosensor yang mengesan frekuensi gelombang yang dihasilkan oleh otak ketika tidur bagi menilai tahap dan kualiti tidur seseorang. Ia juga dilengkapi dengan sistem wireless yang boleh menghantar terus rekod tidur kepada sistem medikal di hospital bagi pesakit yang memerlukan pantauan tidur yang kerap dan rapi.


Kegunaan:

Digunakan secara umumnya bagi individu yang ingin mendapatkan tidur yang lebih berkualiti dengan penilaian kualiti tidur pada pelbagai tahap seperti  ‘REM, deep, light or wake’. Turut digunakan dalam bidang medikal untuk memantau pesakit yang datang dengan masalah tidur seperti  Obstructive Sleep Apnea, ‘sleep-walking’ dan masalah tidak dapat tidur.







No comments:

Post a Comment